Showing posts with label ILmU.... Show all posts
Showing posts with label ILmU.... Show all posts

07 February 2012

alhamdulillah...segala puji bagi ALLAH..

miNggu yg sngt mencemaskan..
yg sngt mendebarkan...
yg sngt menakutkan..
30/01/2012- 04/02/2012
ooowhhhhhh...memerlukan ketenangan yg sngt kuat
sy dan dia...
sbnarnya....seminggu seblum uh hnya mengetahui 
yg satu keputusan je yg akan kuar
jadi kami berdebar menunggu keputusan yg satu uh..
dijangka kuar pada 30/01/2012
namun bertukar tarikh kepada 02/02/2012
bertambah debaran
tibe2..pada 01/02/2012 mendengar kabar angin
yg me nyatakan bahawa
keputusan yg satu yg sngt mendebarkan itu juga
akan keluar juga
ooowhhhhh..sngttttt beeerrrttaammmbbbahhhh cccuuuuakkk
dh lah yg pertama uh tak kuar lagi
yg kedua pun nk kuar juga
keputusan yg kedua dijangka akan keluar pada 03/02/2012
ooowhhhhh......
02/02/2012..
ingtkan kuar jam 00.00...
namun pg bngun tak de juga...tak kuar juga..
kami berdebar..
pukul 09.00..tak de juga
pukul 10.00 tak de juga..
kanak2 sy dh terguling2 tito...penat katanya..
padahal sy taku..dia sngt berdebar..
last2...dibgtau..keptusan uh akan keluar pada 17.00
huhhuhuhu..kena tutup mata lagi...baru akan kuar..
ooowhhhh...mcm nk gabung jek trus keputusan pertama dengn keputusan kedua uhh...
ooowhhhhhhhhhhhhh..tatotnnyyyeeerrr.......
keptusan yg dh lama sngt dinantikan 
akhirnya....

 TAHNIAHHHH!!!!!!!!!!!!


LW222- B. ( Hons.) of LAW
SHAH ALAM, SELANGOR

alhamdulillah....keputusan pertama dh keluar...
tggu pula keptusan yg kedua...
ooowhhh takott...
03/02/2012
pg tak kuar lagi....upanyerrr....kuar by fakulti
okay...fine...FSK memg lambt sikit..sbb paling besar
dlm tengahari uh....g cek....sekali cek jekk
alhamdulillah...syukur sngt

KEPUTUSAN AKHIR SEMESTER 01 2011/2012
DEKAN KELAS PERTAMA

sngt bersyukur..alhamdulillah
terkejut yg sngt
alhamdulillah...semua keputusan 
yg mendebarkan uh...gembira
terima kasih ALLAH
terima kasih kepada kedua ibu bapa kami 
yg sentiasa berada disamping kami
terima kasih pada sahabat2...
terima kasih pada semua 
yg membantu akan kejayaan kami
moga kami akan terus cemerlang
 pada masa akan dtg..AMIN...
semoga kami tidak alpa 
akan nikmat yg telah diberikan ini...




11 September 2011

kembali menuntut ILMU......

setelah hampir 4 bulan dicutikan...
akhirnya pulang ke Tanjong Malim
untuk meneruskan perjuangan......menuntut ilmu
kekuatan..ketabahan..keyakinan...
perlu dipupuk didalam diri
agar semua urusan dipermudahkan.......
yakin pada ALLAH...
INSYALLAH........semua adalah terbaik....

kepada SHAZLIA RAZALI...
bantuan anda diperlukan...
kerana anda merupakan sumber kekuatan......
jagn ilang2....jgn lari2....

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
nak rase keputusan macm sem 1 dulu......

07 September 2011

SiApA YANg pAtuT diSaLAhKan

lama sudh tidak mengupdate blog..........kemalasan melanda lah...

bermulalah kisah untuk membebel.....
isu : hak kanak2

kisah ini bermula....
ariuh teman ibu g sekolah...ibu ade kelas tambahan untuk pelajar2 GALUS.....
melangkah dengan penuh semangat untuk mengajar mereka.....
ibu yg hanya mengambil mase dalm 1jam setengan untuk berehat..berkejar ke sekolah semula..
matlamat untk membangunkan bangsa.....
setibanya disekolah....mereka didlm keadaan huru-hara...
mereka baru sahaja tamat pembelajaran bahasa inggeris......

first impression sy pade mereka...
KURANGNYA MINAT BELAJAR DALAM DIRI
sy penah berada didalam alam yg sama mcm mereka..
cikgu push setiap ari..kelas pelbagai bentk...nk rehat pun tak sempat
tp muka mereka nmpk sngt tak minat

ptg uh..ibu suru buat sikit latihan....nnti bncg..
dorg boleh main2..bual2...usik2 meja..jeling2 kawan...men tiru2..
sy perhatikan sahaja..
akhirnya...sy bngun..dn melihat ape yg mereka lakukukan..
dlm mase  15 minit kot..baru soalan no.4
patutkah?????
bila di tanya sudh siap??
mereka menjawb " dh siap"
bila sy dtg tngok : baru no berape jek"
then mereka jawb siap pakai baju..bukn siap latihan ni
itu bukn ayat kurg ajar ke????????

part ibu bncang2...ade pulak yg kat belakang gaduh2...
alamakkkk............
yg bual2....yg kacau2 org pun ade
yg pelik pempuan pun perangai mcm uh

ibu seorg yg lembut.jarang marah2...marah pun..alaaaaa...sikit2 jek
last2 ibu dh tak tahan...pkul 5.20 ibu dh suru dorg pulg..
should be habis 5.30
tp dr segi ayat ibu dgn dorg uh..nmpak ibu kecik ati..
tp ibu dh biasa kot..tu yg tak rase pepe...
ibu kata...dorg ngn cikgu yg garang jek senyap..dengn cikgu yg lembut2 ni pijak kepala
dorg uh kelas yg bukn ibu ajar...tp bile kels tmbahan di minta ajar
begitulahh

sedihkan tngok perangai mcm uh
baru 12 tahun kot
tak patut langsung
bagaimanakah di sekolah menengah nnti
risau.........
smpai ade parent yg jmpe cikgu2 ni kata
" cikgu buat jek lah pepe kat ank sy ni...sy dh tak mampu nk kawal"
ooowhh serah pade sekolah bulat2 weyhh.......
sedih..takut...bimbang..

p/s : buat kanak2 sy NOORSHAZLIA RAZALI kena hormat siapa yg ajar kita...even dia lebih muda dr   kita

sejak2 jadi bakal pendidik ni...lebih sensitif terhadap hak pendidikan anak2...

26 June 2011

teguran itu pnting

"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah.

Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.

Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?

Ingat..

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

peringatan buat saya dan anda semua.............

16 March 2011

sabar perlu setiap masa...

Sabar...satu perkataan ringkas yang memberi impak yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini berjaya 'memandu' tindakan manusia dalam kehidupan seharian. Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.

Dengan sifat sabar ini, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.

Dengan sifat sabar ini, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya.

Dengan sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.

Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.

Dengan sifat sabar ini juga, suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya akan diuji sepanjang berada di alam rumah tangga. Kata orang, 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'.

Cuba kita bayangkan situasi dimana sifat sabar ini sudah tidak ada langsung dalam diri manusia, walaupun sekelumit.

Tanpa sifat sabar, bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati.

Tanpa sifat sabar, anak-anak kecil akan membesar dalam keadaan yang tegang tanpa kasih sayang kerana tidak ada lagi sifat sabar dalam diri ibu bapa dalam sepanjang membesarkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti.

Tanpa sifat sabar, hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan.

Tanpa sifat sabar, tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran.

Tanpa sifat sabar, alam rumah tangga tidak akan bertahan lama kerana tiada lagi sifat sabar dalam diri pasangan masing-masing untuk bertolak ansur antara satu sama lain.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya. (Surah Al-Ma'aarij:ayat 5)

Ya, saya suka ayat ini. Ketika sedang menahan marah dan menahan sedih, ayat ini benar-benar memberi motivasi kepada saya. Bagaimana Allah memerintahkan kita untuk bersabar, malah bersabar dengan kesabaran yang baik.

Sememangnya dirasakan sabar ini merupakan sesuatu yang sangat perit sehingga kadang-kadang hati kita mengeluh.

" Asyik sabar je, penat dah sabar ni!"

Kita tidak perlu fikirkan lagi, mengapa kita bersabar dan berapa kali kita bersabar dalam hidup ini kerana saya ingin mengajak anda melihat apa yang dapat kita peroleh dari sifat sabar ini.

Apabila kita bersabar, kita sebenarnya dianugerahkan satu rasa yang tidak semua orang mampu merasainya, iaitu rasa ketenangan. Ketenangan ini bukan semua orang mampu merasainya melainkan orang-orang yang menjalani kehidupan mengikut apa yang Islam anjurkan. Percayalah dengan sifat sabar ini, dalam keadaan tidak sedar kita telah menyelamatkan banyak hubungan persahabatan daripada terputus, dengan sifat sabar ini kita boleh hidup aman damai seperti sekarang, dengan sifat sabar ini kita menjadi dewasa sehingga kini. Lihatlah betapa besarnya impak sabar untuk menjadi kehidupan harmoni.

Untuk anda yang sedang diuji, dalam hati ini hanya ada dua pilihan, sama ada nafsu ataupun iman. Jika menang nafsu, maka kalahlah iman, jika menang iman maka musnahlah nafsu.Kita yang perlu menilai dan memilih. Apabila diuji, kita mahu memilih nafsu untuk terus marah, atau kita memilih pilihan yang paling tepat iaitu iman dan sabar. Lihat pada impaknya, jika kita memilih untuk marah, hati kita akan dikuasai rasa marah yang menghilangkan rasa tenang, malah boleh jadi kita bertindak diluar batas fikiran kita yang akhirnya memberi kesan negatif pada kehidupan kita ketika itu. Namun, jika kita memilih untuk bersabar, insyaAllah kita diberi ketenangan untuk membantu kita mengambil tindakan yang tidak memburukkan lagi keadaan.

Saya bagi satu contoh yang mudah. Ditakdirkan anda terpaksa menjalani kehidupan dengan seorang rakan yang sangat pentingkan diri sendiri. Setiap tindakannya pasti memberi kebaikan pada dirinya dan kita sentiasa menjadi mangsanya. Setiap perbuatan dan kata-katanya sentiasa membuat kita berkecil hati. Disini, anda hanya ada dua pilihan, memilih untuk terus bersabar dan bertahan sepanjang anda menjalani kehidupan dengannya, atau anda memilih untuk bermasam muka dengannya akibat sakit hati yang menguasai diri. Jika anda memilih untuk bersabar, anda mampu menjaga keharmonian persahabatan dengannya, namun jika anda memilih untuk bermasam muka, pastinya memberi kesan yang tidak baik dalam hubungan persahabatan itu sendiri.

Namun sahabat, perlulah kita ingat bahawa kita ini manusia, kita bukan malaikat untuk terus menjadi sempurna di mata orang lain. Sabar manusia itu ada juga batasnya dan kadang-kadang orang yang paling banyak bersabar, sekali dia 'meletup' huru-hara jadinya. Oleh itu, perlunya fungsi kita meletakkan diri kita ditempat orang lain. Malah jika kita jenis yang pentingkan diri sekalipun, sebelum bertindak, kita perlu berfikir bagaimana rasanya jika kita berada ditempat orang yang teraniaya itu.

Sebelum kita bunuh orang, cuba kita bayangkan diri kita menjadi orang yang dibunuh itu.

Sebelum kita melemparkan kata-kata yang mampu mengguris hati orang lain, cuba bayangkan diri kita yang dilemparkan kata-kata itu.

Jika kita mampu meletakkan diri kita ditempat orang lain, saya yakin manusia tidak akan menzalimi sesama manusia lagi.

Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah bertolak-ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak mencari salah kita. Nasihat ini untuk diri saya sendiri, dan juga untuk kamu wahai sahabat.

Azzariyat.com

02 February 2011

kesedaran

Sadari semua pikiran yang ada dalam otak anda, otak bekerja dengan mengolah informasi yang masuk, jika anda ingin menang, maka berikan informasi kemenangan kepada otak, maka otak akan memerintahkan semua organ tubuh dan kelenjar bergerak menuju kemenangan. Kemenangan sejati, kemenangan yang sudah tidak bisa dikalahkan, Best of the Best. Jika anda ingin menjadi yang terpandai, akan banyak orang yang bisa menyaingi kepandaian anda, jika anda ingin terkaya, akan banyak orang yang menyaingi kekayaan anda. Jika anda bersaing dengan masa lalu anda sendiri dan berpikiran bahwa “besok saya harus lebih baik” anda akan menang sejati, karena yang anda kalahkan adalah masa lalu dan masa lalu selalu tertinggal oleh masa sekarang dan masa depan. Menjadi yang terbaik, menjadi paling unggul akan membawa anda menang dalam waktu yang terbatas, kemenangan terhadap perubahan tidak terbatas, ketika anda bisa menjadi orang yang benar – benar taat kepada Tuhan maka masa depan anda jauh lebih panjang dari umur anda.umur anda terbatas sampai 70 – 80 tahun, lebih dari itu anda akan berpindah alam, anda akan hidup lebih panjang di alam setelah kematian. Dengan hidup sesuai tuntunan agama yang resmi, anda akan berusaha menjadi lebih baik.

dipetik dr artikel internet
tersedar dr lamunan
memang benar...setiap ape yg dilakukan
oleh yg demikian....kite..sy sendiri perlu yakin
perlu jd kuat untk jd yg terbaik...

17 January 2011

golongan manusia


didalam dunia telah dikategorikan 4 golongan manusia


1)baik dan cerdik
2)cerdik tapi tak baik
3)baik tapi tak cerdik
4)tak baik dan tak cerdik

mane golongan yang kita nak pilih??

sesungguhnya dalam diri manusia ade terdapat racun yg merbahaya
iaitu lalai dan lupa
penawarnya adalah nasihat(tazkirah)

10 January 2011

ahad.....9/01/2011

hujung minggu yg tak dapt lupe..

RINDU
that the word..enough to discribe..
pg uh ade seminar tntg RPA..
mcm2 ilmu baru dapat
untk diri sendiro dan untk di kongsi jua
sngt best...dikelilingi semua bdk pnd.islam dgn b.arab
dudk dl biah yg baik...yg indah
terasa sejuk diri ini..lapar dada
ptg dijak ke umah pn shaiha
nk kmpul ramai2..just follow..sbb rindu
then ramai gak ah yg ade..rumah uh sngt kecik
org HEP...dia baik ngn kak shai..sementara dia balk kg..dia bg kak shai tmpg umah
then..malm yh..semua dtg...gilir2..keta ade satu jek
hahaha
ramai akak mpp upsi...rase diri sngt bertuah
diri rase sngt teruja
malm uh..maen mask2..dulu..kemas2 umah,,
dh siap semua makan....even mkn smbal dgn ikan bulu ayam jek ngn telur
tp sngt best..sbb makan ramai2..
mlm uh tngok AJL 25
bergaduh2..sbb masing2 ade artis pilihan tersendiri
tp mlm uh..kak shai habis kena ngn semua
rindu suami lah..teringt suami lah
owhh..kesian akk
haha..nk buat mcm mane..kite kan adk2 lg
then bukn senang nk jmpe kak shai
ni pun ntah2 kali terakhir suami dia bg nk jaln
then malm uh..gaduh2 cz tmpat tdo tak muat
at the end...zaty....kak shai..amal..tdo dlm bilik..
owhh tdo dlm bilk ngn kak shai...rindu
sblum tdo...dgr kak shai penye pngalaman
dgr kak shai punye citer
dgr bebelan kak shai
nmpak sngt kak shai syg ktorg
dia care kat kite
dia nk kite jd yg terbaik..semua dia bg ajar
then tdo..teruja tdo dg kak shai...
owhh...mpp kot..puan pulak uh
terima ksih

08 November 2010

pergelutan tiga penjuru......ISLAM..ATEIS..KRISTIAN

wahai pemuda dan pemudi seperti HENZ DAN MARY
tampillah kalian semua!
wahai gadis INGGERIS, PERANCIS, ATAU JERMAN
kamu.......
setiap kali kamu laungkan kebebasan dunia
bagaikan tercekik!
bergegar bagaikan mesin
nyawa-nyawa ingin jadikan manusia mulia
sayangnya, dosa menjadi penghalang
wahai manusia...
ARAB ATAU TURKI
penderhaka atau yang bergelumang
dengan noda dan dosa
ingatlah ALLAH sahaja yang berhak kalian
SEMBAH!!!!
hancurlah semua berhala
kenalilah islam pelajari dan ketahuilah ia
kalian tidak akan dapat lari dari ALLAH
kepadanya lah kesudahan kalian
lihatlah kebatilan di sekeliling
inikah yang dinamakan kehidupan insani??
jika itulah kehidupan insani
dimana agaknya alam yang dikatakan
bercorak kehidupan kebinatangan
karya: emine uzqan syenlik oglu
istanbul
1 september 1992

31 October 2010

L.O.V.E

ape itu LOVE
mari kite belajar bersama
mengimbau kembali pelajaran
yg dapat dr kem pembangunan sahsiah
cibta itu terbahagi kepda tiga
  1. philosopy- cinta kepada tuhan atau yg tak nmpk
  2. eros-cinta benda yg boleh pegang
  3. agape-cinta yg tak de syarat

faham tak???

manfaatkan cinta yg ade miliki

dan sebarknnya

kerana sesungguhnya sedarlah bahwa kite tak tahu bile kita akan dijmput

ilahi

01 July 2010

life AND living..

ape perbezaan diantara dua ni???????
nmpak mcm same jek kn..ejaan jek beza..
namun hakikatnya..ia bnda yg sngt2 jelas perbezaanya..
perbezaan yg sngt besar...
HIDUP
kita hidup dengan makan..dgn pakaian..dgn kereta..dgn rumah..
namun
KEHIDUPAN
kita bina kehidupan dgn kasih syang..dgn kemesraan..dgn cinta..
maka ia bnda yg berbeza..faham???
tht mean..hidup ni mambawa makna akn segala bnda yg ada dihadapan kite..yg kite gune..BENDA
tapi kehidupan ni lbhh kepada PERASAAN kot..
maksudnya
ia melengkapkan lg ape yg kite ade dlm hidup..
cm tu lah...
so antara hidup dgn kehidupan yg mane pling pnting?????
tntu sekali kehidupan...
ia kerna...dgn kehidupan segalanya akn dilalui dgn senyuman..
namun law ade hidup namun tak de kehidupn..ia akn jd huru hara...
tu kot yg sy faham....
sumber(nota hati seorang lelaki)